Ia merupakan pelayan ujian untuk Honor of Kings yang dibuka kepada orang ramai. Semua kemas kini penting (wira, item dan mod) dilancarkan di sini terlebih dahulu untuk ujian. Jom cuba!
Pelayan ujian ini mempunyai tetapan yang berbeza daripada pelayan langsung, dan akan menjadi tempat bagi pemain mencuba mod baharu, wira baharu, dan peta baharu, membolehkan anda merasai kandungan baharu sebelum ia dilancarkan secara rasmi.
Data di antara pelayan langsung dan pelayan ujian tidak disegerakkan. Menggunakan Berlian dan Batu Bintang pada pelayan ujian tidak akan menjejaskan inventori anda pada pelayan langsung.
Pelayan ujian dibuat untuk menguji ciri-ciri baharu dan mencari pepijat, jadi beberapa tetapan dalam permainan mungkin berbeza daripada tetapan pelayan langsung (naik tahap, peningkatan EXP, dll.). Kandungan pada pelayan ujian tidak semestinya adalah versi akhir yang akan digunakan. Sila rujuk pengumuman rasmi untuk mengetahui perubahan sebenar permainan.
Semasa proses ujian, para pemain mungkin mengalami isu seperti pengembalian data, sambungan terputus atau tidak dapat membeli item daripada Kedai. Sila fahami bahawa ini adalah biasa dan merupakan sebahagian daripada proses ujian. Pemain boleh mengemukakan cadangan, maklum balas, atau pepijat melalui pelayan Discord rasmi.
Pelayan Discord digunakan terutamanya untuk mencari pepijat dan mengumpulkan cadangan, jadi pembangun mungkin tidak akan menjawab beberapa aduan berkaitan kualiti permainan.
Para pemain yang menggunakan penipuan pada pelayan ujian akan digantung untuk satu jangka masa tertentu berdasarkan tahap keterukan. Akaun mereka pada pelayan langsung juga akan digantung, dan pelanggaran mereka akan diumumkan kepada orang ramai.
©2025 Proxima Beta Pte. Ltd. Semua hak cipta terpelihara.
PERJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR DASAR PRIVASI POLISI KUKI PILIHAN KUKI NOTIS PERUNDANGAN ADVERTISING NOTICE HUBUNGI KAMI